Perkhidmatan penjagaan dan pendidikan kemahiran mandiri melalui aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan selamat untuk anak-anak berumur 2-3 tahun.
Selari dengan aspirasi nasional pendidikan awal kanak-kanak di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat, kami menawarkan nilai tambah dalam perkhidmatan penjagaan kanak-kanak berumur 2-3 tahun di premis yang selesa, selamat serta dilengkapi dengan pelbagai alat-alat permainan pendidikan (educational toys).
Dengan usia operasi menghampiri 2 tahun semenjak Januari 2019, kami telah membantu ramai kanak-kanak mengembangkan potensi diri mereka lebih awal berbanding rakan seusia di luar termasuk boleh bergaul dengan baik, memahami mesej/arahan ringkas, menguasai perkataan-perkataan baru, mengenal asas huruf dan nombor, menghafal doa-doa pendek dan menguruskan diri sendiri sebagai persediaan masuk ke program Tadika kelak.
TESTIMONI IBU-BAPA IPCC
“Setakat ini dia dah capai lebih daripada apa yang saya harapkan. Dia seorang anak yang manja. Saya hanya berharap Nashriq dapat bergaul dengan kawan-kawan dan kenal lebih ramai orang selain daripada mak dan ayah dia serta belajar mengurus diri sendiri. Tapi bila dia dah tahu asas ABC, 123 dan lain-lain pengetahuan asas itu sebenarnya bonus bagi dia.” – Puan Zahrutulhasaniah, Mama Nashriq Syaweel (Pelajar IPCC, 2 tahun)
“Eleena dulu speech delay. Semenjak di IPCC banyak sangat peningkatan. Apa yang saya harap Eleena makin fasih bercakap dan pandai bersosial. Dia juga semakin meningkat dalam aspek emosional, pandai berdikari dan dapat berkawan dengan kawan-kawan yang baik.” – Puan Nor Farzana, mana Eleena Farisya (Pelajar IPCC, 3 tahun)
PERKHIDMATAN DAN WAKTU OPERASI
- Program Pendidikan IPCC 👉 08.00 pagi – 12.00 petang
- Penjagaan hingga 3.00 petang 👉 12.00 tengahari – 03.00 petang
- Penjagaan hingga 6.30 petang 👉 12.00 tengahari – 06.30 petang
Anak-anak boleh dihantar seawal jam 7.00 pagi. Perincian jadual aktiviti akan diterangkan oleh ketua guru di premis IPCC. Sila buat temujanji dengan menghubungi talian 010-403 5141 (Ustazah Solehah).
YURAN PERKHIDMATAN
- Yuran Tahunan 👉 RM1,546*
- Yuran bulanan program pendidikan IPCC 👉 RM365
- Yuran bulanan penjagaan hingga 3.00 petang 👉 RM100
- Yuran bulanan penjagaan hingga 6.30 petang 👉 RM200
* Jumlah yuran tahunan yang dinyatakan adalah, termasuk pembayaran yuran pendaftaran, t-shirt uniform, aktiviti dan peralatan PBL (Play-based Learning), alat permainan pendidikan dan takaful.
LOKASI PREMIS IPCC
Klik untuk lihat lokasi di Google Maps –> No.2 Jalan Beranang Dua 27/14B, Taman Bunga Negara, 40400 Shah Alam
PENDAFTARAN
Pendaftaran dibuka sepanjang tahun. Sila hubungi ketua guru Ustazah Solehah di talian 010-403 5141 atau klik butang DAFTAR di bawah untuk menempah tempat lebih awal secara atas talian.
Kami akan menghubungi anda setelah menerima pendaftaran secara atas talian untuk mnegaturkan sesi penerangan berkenaan program IPCC termasuk modul, aktiviti, jadual, menu pemakanan dan yuran perkhidmatan.