KEM MUTARABBI
2-10 Jun 2021
(6 hari)
Cuti Penggal Persekolahan dah nak dekat. Kalau sebelum
pandemik kita lebih suka hantar anak-anak ke Program Cuti Sekolah daripada
mereka duduk-duduk sahaja di rumah.

Waktu PKP ni kita nak biarkan masa
mereka kosong?
Bila anak-anak duduk di
rumah terlalu lama biasanya mereka akan mengalami kebosanan lebih-lebih lagi
dalam suasana PKP sekarang.
Ayuh berikan mereka
peluang mengikuti KEM MUTARABBI secara atas talian.
Kami nak bantu anak-anak membangunkan potensi
baik dalam diri mereka.
ADA APA DENGAN KEM NI?
KEM MUTARABBI dirancang khas
bagi membimbing anak-anak mengaplikasikan hasil pembelajaran dalam kelas
melalui pembudayaan muwasafat muslim di rumah.
Oleh kerana masa pembelajaran
yang terhad, proses pembelajaran di dalam kelas banyak tertumpu untuk menghabiskan
silibus.

Kebiasaannya hasil yang di
capai tidak seimbang. Selepas kelas pelajar biasanya boleh menjawab soalan samada secara
lisan atau bertulis. Ini merupakan pencapaian dalam aspek kognitif.
Sedangkan objektif pendidikan
perlu seimbang antara kognitif, afektif dan psikomotor.
KOGNITIF = Tahu dan faham.
AFEKTIF = Menjiwai. Contohnya takut, marah, gembira,
suka, benci dan sebagainya.
PSIKOMOTOR = Tindakan, samada melakukan atau meninggalkan.
Di kesempatan masa Cuti Sekolah inilah guru-guru nak
berikan komitmen untuk menyeimbangkan semula objektif pembelajaran.

Guru akan memainkan peranan sebagai Murabbi. Dalam
diri Murabbi ini ada fungsi bapa, ustaz, pemimpin dan syekh.
Murabbi akan membimbing anak-anak melalui modul
pengisian yang lebih menyentuh jiwa.
Anak-anak
akan diberikan tugasan samada secara individu mahupun berkumpulan.
Murabbi
akan menggunakan pendekatan yang pelbagai bagi membangunkan jiwa anak-anak agar
suka melaksanakan suruhanNya dan takut untuk melanggar laranganNya.
Murabbi
juga akan menghidupkan biah/suasana berlumba-lumba di kalangan anak-anak bagi
menggalakkan mereka melaksanakan muwasafat muslim ketika di rumah.
MANFAAT UNTUK ANAK-ANAK
Muwasafat muslim yang akan ditekankan di dalam kem
ini tertumpu kepada pembudayaan ibadah dan akhlak islam.
Ibadah
= Solat, membaca Al-Quran, Menghafaz atau mengulang hafazan dan lain-lain
Akhlak
= menolong ibu-bapa, mengemas tempat tidur, tidak menipu dan lain-lain

Anak-anak akan dibimbing oleh Murabbi mengenali potensi yang ada
dalam diri mereka supaya menjadi lebih berdikari dalam melaksanakan tanggungjawab ibadah dan akhlak
islami.
Sepanjang tempoh kem anak-anak diberikan tugasan
samada secara individu ataupun berkumpulan bagi menggalakkan mereka
belumba-lumba membudayakan muwasafat muslim yang disasarkan dibuat di rumah.

Disiplin anak-anak turut akan dilatih oleh Murabbi
menggunakan konsep Targhib dan Tarhib.
TARGHIB
= galakan dan motivasi untuk mempertingkatkan ketakwaan dan ibadat kepada Allah
SWT.
TARHIB
= peringatan dan ancaman supaya menghindari sebarang kejahatan dan kemaksiatan
zahir dan batin.
Anak-anak yang menunjukkan kesungguhan bakal
mendapat hadiah disediakan oleh pihak sekolah untuk beberapa kategori.

JADUAL KEM

YURAN DAN PENDAFTARAN
Yuran program 6 hari ini bernilai hanya RM75 sahaja.
Pada hari penutup anak-anak akan mendengar
perkongsian berkenaan perjuangan umat Islam di bumi Palestin daripada
tetamu jemputan.
Di sebalik
kesungguhan mereka mempertahankan tanah air yang diceroboh ada pengajaran
besar yang perlu dihayati oleh anak-anak
termasuk kepentingan untuk memiliki jati diri yang kental serta keteguhan
pendirian dalam berpegang dengan janji Allah.
Sebahagian
daripada yuran yang ibu-bapa bayar
akan disumbangkan ke TABUNG
SOLIDARITI AQSA sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada perjuangan mereka.

Untuk meneruskan
pendafatran ibu-bapa boleh klik butang
“Daftar Kem Mutarabbi”
Klik butang
“Hubungi Kami” untuk berhubung dengan pihak sekolah.