Sekolah Islam swasta berdaftar dengan JAIS serta menyediakan perkhidmatan KAFA (Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain) untuk anak-anak 7-12 tahun.
Kami menyediakan perkhidmatan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk anak-anak berumur 7-12 tahun dengan pendekatan pembelajaran terkini dan menyeronokkan, khusus bagi pelajar yang bersekolah di Sekolah-sekolah Kebangsaan sekitar kawasan Cyberjaya.
Kami turut menyediakan perkhidmatan transit dan kenderaan ke/daripada sekolah Kebangsaaan sebagai pakej pilihan bagi memenuhi permintaan ibu/bapa yang memerlukan.
Waktu kelas KAFA di SRI Al-Imtiyaz bagi Tahap 1 (darjah 1-3) dijalankan pada jam 8.15pg – 11.15pg.
Waktu kelas KAFA untuk tahap 2 (darjah 4-6) dijalankan pada jam 2.15ptg – 5.15ptg.
Ibu-bapa boleh menghantar anak ke premis sekolah seawal jam 7.40 pagi (sesi pagi) dan mengambil mereka selewatnya pada jam 6.30 petang (sesi petang). Caj lebih masa sebanyak RM10 sejam perlu dibayar kepada guru yang bertugas sekiranya ibu-bapa mengambil pelajar selepas jam 6.30 petang.

VISI
Melahirkan pelajar muslim yang mantap aqidah dan peribadinya, menghayati tanggungjawab sebagai hamba Allah serta mampu berdikari dan bermanfaat kepada orang lain.
MISI
- SRI Al-Imtiyaz menyediakan persekitaran dan guru-guru yang soleh
- Membangunkan potensi pelajar melalui penghayatan sebagai hamba Allah
- Memastikan setiap pelajar terdidik dan tergilap potensinya berdasarkan keunikan dan kecenderungan mereka, tidak fokus hanya kepada aspek akademik
- Objektif SRI Al-Imtiyaz adalah membangunkan pimpinan muslim masa hadapan
Waktu Pembelajaran/Kelas KAFA
- Tahap 1 (darjah 1-3) : 08.15 – 11.15 pagi
- Tahap 2 (darjah 4-6) : 02.15 – 05.15 petang
Berikut adalah contoh jadual kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi tahap 1 dan tahap 2.


Pakej Perkhidmatan dan Yuran Bulanan
- Kelas KAFA – RM190
- Transit* – RM180
- Kenderaan ke SK Cyberjaya* – RM68
- Kenderaan ke SKTPP* – RM110
- Intensif Al-Quran* – RM30
* Perkhidmatan pilihan
Kelas KAFA – Kelas pendidikan agama Islam merangkumi subjek-subjek seperti dinyatakan di bahagian bawah laman ini. Pembelajaran dijalankan secara interaktif. Aktiviti PBL (berkumpulan) dijalankan pada setiap hari Jumaat bagi membantu para pelajar mengingat kembali dan mengaplikasikan pelajaran yang telah dipelajari.
Transit – Bagi ibu-bapa yang tidak sempat menguruskan anak-anak, pihak sekolah menyediakan tempat bagi pelajar berehat, makan tengahari, mandi, menyalin pakaian dan bersiap-siap ke kelas seterusnya di sebelah petang.
Kenderaan – Pihak sekolah menyediakan pengurusan kenderaan bagi pelajar pergi atau pulang ke/daripada Sekolah Kebangsaan. Penghantaran pelajar dengan van sekolah terhad kepada 80 orang pelajar sahaja. Sekiranya kuota telah penuh, ibu-bapa boleh berhubung terus dengan penyedia perkhidmatan kenderaan lain. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran atau pengambilan pelajar ke/dari rumah memandangkan masa yang amat terhad.
Intensif Al-Quran – Guru akan memperuntukan masa tambahan membimbing pelajar membaca Al-Quran menggunakan mashaf Al-Quran (bagi yang telah membaca Al-Quran) atau kitab talaqqi asas sebutan huruf Al-Quran (bagi yang belum pandai membaca Al-Quran) secara individu sebanyak 2 kali dalam seminggu. Bimbingan termasuk membetulkan sebutan huruf, hukum tajwid dan melancarkan bacaan. Guru akan merekod prestasi bacaan untuk dirujuk oleh ibu-bapa.
Yuran Tahunan Sesi 2025
Permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2025 adalah mengikut takwim KPM iaitu pada 17 Februari 2025 (Isnin). Sila klik NakYuranTahunan2025 dan kami akan berikan jadual yuran terkini sebagai rujukan.
Kenapa Memilih SRI Al-Imtiyaz
SRI Al-Imtiyaz merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang telah mendapat kelulusan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk beroperasi sebagai sebuah Sekolah Rendah Islam swasta dan menawarkan perkhidmatan program KAFA di premis bangunan yang telah didaftarkan.


Selain telah mendapat kelulusan daripada pihak JAIS, premis sekolah juga telah menerima lawatan daripada pihak Bomba dan Jabatan kesihatan serta telah diberi sokongan sebagai premis bangunan KAFA yang selamat.
Kami menyediakan kelas yang selesa dan berpendingin hawa. Bilangan pelajar dihadkan kepada 20 orang bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian penuh oleh guru.
Berikut beberapa maklumbalas daripada ibu/bapa yang telah menghantar anak ke SRI Imtiyaz Cyberjaya.







Kenapa Perlu Ambil Ujian UPKK?
UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) ialah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini di jalankan untuk pelajar darjah 5 di sekolah-sekolah KAFA seluruh Malaysia berdasarkan kehendak dan syarat-syaratnya. Sijil ini diperakui di seluruh Malaysia sebagai salah satu dokumen sokongan bagi permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah-sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan yang diambil kira dalam UPKK ialah bermula dari pelajaran KAFA darjah 1 sehingga darjah 5.
Kenapa Perlu Ambil Ujian PSRA?
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk pelajar tahun enam Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor termasuk pelajar KAFA di institusi-institusi pendidikan swasta bagi menilai tahap penerimaan pembelajaran sukatan mata pelajaran yang diajar di samping membolehkan pelajar yang lulus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor serta Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) dan Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MISTEK) Negeri Selangor.
Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA )ini juga merupakan peperiksaan penting yang wajib diduduki oleh semua pelajar KAFA tahun enam yang berdaftar di Sekolah Rendah Agama ( SRA ) / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) / KAFA Integrasi dan semua sekolah swasta yang didaftarkan di bawah pentadbiran unit pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).
Subjek-subjek KAFA
Antara subjek-subjek KAFA yang akan dipelajari adalah seperti senarai di bawah. Para pelajar akan belajar dua(2) subjek sahaja dalam sehari.
- Tauhid
- Feqah
- Jawi
- Bahasa Arab
- Hafazan
- Akhlak
- Sirah
- Imlak
- Tajwid
- Khat
Darjah 1 dan darjah 2 belajar subjek 1-6 sahaja.
Pendaftaran Sesi 2025
Permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2025 adalah mengikut takwim KPM iaitu pada 17 Februari 2025 (Isnin). Pendaftaran bagi sesi 2025 boleh dibuat dengan berpandukan kepada jadual di bawah.

Sila berhubung dengan Guru Besar, Ustazah Nadia di talian 018-380 4005 untuk membuat kiraan yuran tahunan, lawatan premis atau sebarang pertanyaan lain. Klik butang di bawah untuk terus membuat pendaftaran.
Kami akan menghubungi semula tuan/puan untuk sesi penerangan.
Alamat Premis Sekolah

