+60 19-388 8496 admin@imtiyazeducare.edu.my

Imtiyaz Edu Care

Mendidik Anak Hebat
Menu
  • Kembali
  • KAFA
  • TASKA
  • TADIKA
  • Peluang Kerjaya

KAFA

Sekolah Islam swasta berdaftar dengan JAIS, menyediakan perkhidmatan KAFA dengan transit dan kenderaan untuk anak-anak 7-12 tahun.

Kami menyediakan perkhidmatan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk anak-anak berumur 7-12 tahun dengan pendekatan pembelajaran terkini dan menyeronokkan, khusus bagi pelajar yang bersekolah di Sekolah-sekolah Kebangsaan sekitar kawasan Cyberjaya.

Kami turut menyediakan perkhidmatan transit dan kenderaan ke/daripada sekolah Kebangsaaan sebagai pakej pilihan bagi memenuhi permintaan ibu/bapa yang memerlukan.

Waktu kelas KAFA di SRI Al-Imtiyaz bagi Tahap 1 (darjah 1-3) dijalankan pada jam 8.15pg – 11.15pg.

Waktu kelas KAFA untuk tahap 2 (darjah 4-6) dijalankan pada jam 2.15ptg – 5.15ptg.

Ibu-bapa boleh menghantar anak ke premis sekolah seawal jam 7.40 pagi (sesi pagi) dan mengambil mereka selewatnya pada jam 6.30 petang (sesi petang). Caj lebih masa sebanyak RM10 sejam perlu dibayar kepada guru yang bertugas sekiranya ibu-bapa mengambil pelajar selepas jam 6.30 petang.


VISI

Melahirkan pelajar muslim yang mantap aqidah dan peribadinya, menghayati tanggungjawab sebagai hamba Allah serta mampu berdikari dan bermanfaat kepada orang lain.


MISI

  • SRI Al-Imtiyaz menyediakan persekitaran dan guru-guru yang soleh
  • Membangunkan potensi pelajar melalui penghayatan sebagai hamba Allah
  • Memastikan setiap pelajar terdidik dan tergilap potensinya berdasarkan keunikan dan kecenderungan mereka, tidak fokus hanya kepada aspek akademik
  • Objektif SRI Al-Imtiyaz adalah membangunkan pimpinan muslim masa hadapan

Waktu Pembelajaran/Kelas KAFA

  • Tahap 1 (darjah 1-3) : 08.15 – 11.15 pagi
  • Tahap 2 (darjah 4-6) : 02.15 – 05.15 petang

Berikut adalah contoh jadual kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi tahap 1 dan tahap 2.



Pakej Perkhidmatan dan Yuran Bulanan

  • Kelas KAFA – RM200
  • Transit* – RM180
  • Kenderaan ke SK Cyberjaya* – RM68
  • Kenderaan ke SKTPP* – RM110
  • Intensif Al-Quran* – RM30

* Perkhidmatan pilihan

Kelas KAFA – Kelas pendidikan subjek-subjek KAFA seperti yang dinyatakan di bahagian bawah laman ini. Pembelajaran dijalankan secara interaktif. SRI Al-Imtiyaz menerapkan budaya dan suasana yang dapat mebentuk sikap pelajar sepanjang mereka berada di sekolah. Aktiviti PBL dan ko-kurikulum dijalankan secara berselang pada setiap hari Jumaat bagi menggalakkan interaksi di kalangan pelajar dan menggilap potensi mereka dalam aktiviti berkumpulan serta mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari.

Transit – Bagi ibu-bapa yang tidak sempat menguruskan anak-anak, pihak sekolah menyediakan tempat bagi pelajar berehat, makan tengahari, mandi, menyalin pakaian dan bersiap-siap ke kelas seterusnya di sebelah petang.

Kenderaan – Pihak sekolah menyediakan pengurusan kenderaan bagi pelajar pergi atau pulang ke/daripada Sekolah Kebangsaan. Penghantaran pelajar dengan van sekolah terhad kepada 80 orang pelajar sahaja. Sekiranya kuota telah penuh, ibu-bapa boleh berhubung terus dengan penyedia perkhidmatan kenderaan lain. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran atau pengambilan pelajar ke/dari rumah memandangkan masa yang amat terhad.

Intensif Al-Quran – Guru akan memperuntukan masa tambahan membimbing pelajar membaca Al-Quran menggunakan mashaf Al-Quran (bagi yang telah membaca Al-Quran) atau kitab talaqqi asas sebutan huruf Al-Quran (bagi yang belum pandai membaca Al-Quran) secara individu sebanyak 2 kali dalam seminggu. Bimbingan termasuk membetulkan sebutan huruf, hukum tajwid dan melancarkan bacaan. Guru akan merekod prestasi bacaan untuk dirujuk oleh ibu-bapa.


Yuran Tahunan Sesi 2026

Permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2026 adalah mengikut takwim KPM iaitu pada 12 Januari 2026 (tidak rasmi). Sila klik NakYuranKAFA2026 dan kami akan berikan jadual yuran sebagai rujukan.


Kenapa Memilih SRI Al-Imtiyaz

SRI Al-Imtiyaz merupakan sebuah institusi pendidikan swasta yang telah mendapat kelulusan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk beroperasi sebagai sebuah Sekolah Rendah Islam swasta dan menawarkan perkhidmatan program KAFA di premis bangunan yang telah didaftarkan.

perakuan pendaftaran KAFA SRI Al-Imtiyaz Cyberjaya


Selain telah mendapat kelulusan daripada pihak JAIS, premis sekolah juga telah menerima lawatan daripada pihak Bomba dan Jabatan kesihatan serta telah diberi sokongan sebagai premis bangunan KAFA yang selamat.

Kami menyediakan kelas yang selesa dan berpendingin hawa. Bilangan pelajar dihadkan kepada 20 orang bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian penuh oleh guru.

Berikut beberapa maklumbalas daripada ibu/bapa yang telah menghantar anak ke SRI Imtiyaz Cyberjaya.



Kenapa Perlu Ambil Ujian UPKK?

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) ialah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini di jalankan untuk pelajar darjah 5 di sekolah-sekolah KAFA seluruh Malaysia berdasarkan kehendak dan syarat-syaratnya. Sijil ini diperakui di seluruh Malaysia sebagai salah satu dokumen sokongan bagi permohonan kemasukan ke tingkatan satu Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah-sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan yang diambil kira dalam UPKK ialah bermula dari pelajaran KAFA darjah 1 sehingga darjah 5.


Kenapa Perlu Ambil Ujian PSRA?

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor untuk pelajar tahun enam Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor termasuk pelajar KAFA di institusi-institusi pendidikan swasta bagi menilai tahap penerimaan pembelajaran sukatan mata pelajaran yang diajar di samping membolehkan pelajar yang lulus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor serta Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) dan Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MISTEK) Negeri Selangor.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA )ini juga merupakan peperiksaan penting yang wajib diduduki oleh semua pelajar KAFA tahun enam yang berdaftar di Sekolah Rendah Agama ( SRA ) / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) / KAFA Integrasi dan semua sekolah swasta yang didaftarkan di bawah pentadbiran unit pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).


Subjek-subjek KAFA

Antara subjek-subjek KAFA yang akan dipelajari adalah seperti senarai di bawah. Para pelajar akan belajar dua(2) subjek sahaja dalam sehari.

  1. Tauhid
  2. Feqah
  3. Jawi
  4. Bahasa Arab
  5. Hafazan
  6. Akhlak
  7. Sirah
  8. Imlak
  9. Tajwid
  10. Khat

Darjah 1 dan darjah 2 belajar subjek 1-6 sahaja.


Pendaftaran Sesi 2026

Permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2026 adalah mengikut takwim KPM iaitu pada 12 Januari 2026 (tidak rasmi). Klik butang di bawah untuk buat pendaftaran awal. kami akan hubungi semula untuk sesi penerangan dalam masa terdekat.

DAFTAR SEKARANG

Alamat Premis Sekolah


Suite 4803-0-06,4803-1-06, 4803-2-06 Blok 4803 CBD Perdana 1, Persiaran Flora off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.

premis KAFA SRI Al-Imtiyaz Cyberjaya
premis KAFA SRI Al-Imtiyaz Cyberjaya


Pertanyaan yang Sering Ditanya

  1. Adakah SRI IMTIYAZ menyediakan subjek-subjek KSSR di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia seperti bahasa melayu, matematik dan sains?
    Tidak. Buat masa ini kami hanya menyediakan subjek-subjek diniah mengikut sukatan KSRA di bawah JAIS dan juga sukatan KAFA JAKIM.
  2. Sewaktu cuti sekolah, adakah anak-anak boleh dihantar ke SRI Imtiyaz?
    Kelas tidak beroperasi sewaktu cuti sekolah kerana guru-guru akan terlibat dengan program-program latihan dan pembangunan. Namun bagi tempoh cuti sekolah yang panjang kami menyediakan Program Cuti Sekolah dan sebagai pakej pilihan dengan caj berasingan.
  3. Bagi sesi pagi pukul berapa pintu sekolah akan dibuka?
    Pintu sekolah akan dibuka pada jam 7.40pagi.

Category

  • No categories

Archives

Pusat Operasi

Sekolah Rendah Islam (KAFA) beroperasi di Cyberjaya manakala program Playschool beroperasi di Taman Alam Megah, seksyen 27 Shah Alam. Kedua-dua Cawangan kini di uruskan oleh Rangkaian Semut Hitam Sdn Bhd. (RSHSB). RSHSB juga mengoperasikan 2 buah Tadika menggunakan modul The Little Caliphs Program di Taman Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam dan juga di Taman Ilmu, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Galeri Gambar
Pejabat Urusan

Rangkaian Semut Hitam Sdn Bhd 1448822-W Suite 4803-2-06 Blok 4803 CBD Perdana 1, Persiaran Flora off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.


+60 19-388 8496

admin@imtiyazeducare.edu.my

Copyright © Imtiyaz Educare 2025. All Rights Reserved
Maintained By RSHSB