SRI Al-Imtiyaz merupakan sebuah Sekolah Rendah Islam swasta yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kami menyediakan perkhidmatan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) untuk anak-anak berumur 7-12 tahun dengan pendekatan pembelajaran terkini dan menyeronokkan, khusus bagi pelajar yang bersekolah di Sekolah-sekolah Kebangsaan sekitar kawasan Cyberjaya.

Waktu operasi KAFA di SRI Al-Imtiyaz bagi Tahap 1 (darjah 1-3) adalah antara 8.15pg – 11.15pg.

Waktu operasi KAFA untuk tahap 2 (darjah 4-6) dijalankan pada jam 2.15ptg – 5.15ptg.

Ibu-bapa boleh menghantar anak ke premis sekolah seawal jam 7.40 pagi (sesi pagi) dan mengambil mereka selewat-lewatnya pada jam 5.40 petang (sesi petang). Caj lebih masa sebanyak RM10 sejam perlu dibayar kepada guru yang bertugas sekiranya ibu-bapa mengambil pelajar selepas jam 5.40 petang.

VISI

Melahirkan pelajar muslim yang mantap aqidah dan peribadinya, menghayati tanggungjawab sebagai hamba Allah serta mampu berdikari dan bermanfaat kepada orang lain.

MISI

  • SRI Al-Imtiyaz menyediakan persekitaran dan guru-guru yang soleh
  • Membangunkan potensi pelajar melalui penghayatan sebagai hamba Allah
  • Memastikan setiap pelajar terdidik dan tergilap potensinya berdasarkan keunikan dan kecenderungan mereka, tidak fokus hanya kepada aspek akademik
  • Objektif SRI Al-Imtiyaz adalah membangunkan pimpinan muslim masa hadapan

Waktu Pembelajaran/Kelas

  • Tahap 1 (darjah 1-3) : 08.15 – 11.15 pagi
  • Tahap 2 (darjah 4-6) : 02.15 – 05.15 petang

Berikut adalah contoh jadual bagi tahap 1 dan tahap 2.

Perkhidmatan dan Yuran Bulanan

  • Kelas KAFA – RM190
  • Transit* – RM180
  • Kenderaan ke SK Cyberjaya* – RM60
  • Kenderaan ke SKTPP* – RM110
  • Intensif Al-Quran* – RM30

* Perkhidmatan pilihan

Kelas KAFA – Kelas pendidikan agama Islam merangkumi subjek-subjek seperti dinyatakan di bahagian bawah laman ini. Pembelajaran dijalankan secara interaktif. Aktiviti PBL (berkumpulan) dijalankan pada setiap hari Jumaat bagi membantu para pelajar mengingat kembali dan mengaplikasikan pelajaran yang telah dipelajari.

Transit – Bagi ibu-bapa yang tidak sempat menguruskan anak-anak, pihak sekolah menyediakan tempat bagi pelajar berehat, makan tengahari, mandi, menyalin pakaian dan bersiap-siap ke kelas seterusnya di sebelah petang.

Kenderaan – Pihak sekolah menyediakan pengurusan kenderaan bagi pelajar pergi atau pulang ke/daripada Sekolah Kebangsaan. Penghantaran pelajar dengan van sekolah terhad kepada 80 orang pelajar sahaja. Sekiranya kuota telah penuh, ibu-bapa boleh berhubung terus dengan penyedia perkhidmatan kenderaan lain. Kami tidak menyediakan perkhidmatan penghantaran atau pengambilan pelajar ke/dari rumah memandangkan masa yang amat terhad.

Intensif Al-Quran – Guru akan memperuntukan masa tambahan membimbing pelajar membaca Al-Quran menggunakan mashaf Al-Quran (bagi yang telah membaca Al-Quran) atau kitab talaqqi asas sebutan huruf Al-Quran (bagi yang belum pandai membaca Al-Quran) secara individu sebanyak 2 kali dalam seminggu. Bimbingan termasuk membetulkan sebutan huruf, hukum tajwid dan melancarkan bacaan. Guru akan merekod prestasi bacaan untuk dirujuk oleh ibu-bapa.

Yuran Tahunan Sesi 2024

Kami sedang mengemaskini struktur yuran tahunan bagi sesi 2024.

Kenapa Memilih SRI Al-Imtiyaz

SRI Al-Imtiyaz merupakan sebuah institusi yang telah mendapat kelulusan penuh daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk beroperasi sebagai sebuah Sekolah Rendah Islam swasta.

Selain telah mendapat kelulusan daripada pihak JAIS, premis sekolah juga telah menerima lawatan daripada pihak Bomba dan Jabatan kesihatan dan telah diberi sokongan sebagai premis yang selamat.

Kami menyediakan kelas yang selesa dan berpendingin hawa. Bilangan pelajar dihadkan kepada 20 orang bagi memastikan setiap pelajar mendapat perhatian penuh oleh guru.

Kenapa Perlu Ambil Ujian UPKK?

UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) ialah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini di jalankan ke atas semua pelajar di darjah 5 di sekolah KAFA diseluruh Malaysia berdasarkan kehendak dan syarat-syaratnya. Sijil ini diperakui di seluruh Malaysia bagi salah satu dokumen sokongan bagi permohonan pelajar untuk kemasukan tingkatan satu ke Sekolah Menengah Agama di seluruh Malaysia terutamanya sekolah dibawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia. Sukatan yang diambil kira dalam UPKK ialah bermula dari pelajaran darjah 1 sehingga 5.

Kenapa Perlu Ambil Ujian PSRA?

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) adalah peperiksaan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor kepada pelajar tahun enam Sekolah Agama Negeri Selangor bagi menilai tahap penerimaan pembelajaran sukatan mata pelajaran yang diajar di samping membolehkan pelajar yang lulus melanjutkan pelajaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Selangor serta Maahad Integrasi Tahfiz Istana Bandar (MITIB) dan Maahad Integrasi Sains dan Teknologi (MISTEK) Negeri Selangor.

Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama ( PSRA )ini juga merupakan peperiksaan penting yang wajib diduduki oleh semua pelajar tahun enam yang berdaftar di Sekolah Rendah Agama ( SRA ) / Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) / KAFA Integrasi dan semua sekolah yang didaftarkan di bawah pentadbiran unit pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ).

Subjek

Antara subjek-subjek yang akan dipelajari adalah seperti senarai di bawah. Setiap kelas akan belajar 2 subjek sahaja dalam sehari.

  1. Tauhid
  2. Feqah
  3. Jawi
  4. Bahasa Arab
  5. Hafazan
  6. Akhlak
  7. Sirah
  8. Imlak
  9. Tajwid
  10. Khat

Darjah 1 dan darjah 2 belajar subjek 1-6 sahaja.

Pendaftaran Sesi 2025/2026

Bagi cawangan Cyberjaya sila berhubung dengan ketua Guru, Ustazah Nadia di talian 018-380 4005 untuk membuat kiraan yuran tahunan dan melawat premis sekolah atau klik butang DAFTAR SEKARANG untuk membuat pendaftaran.

Kami akan menghubungi semula tuan/puan dalam bulan Oktober untuk sesi penerangan.


Alamat Premis Sekolah


Suite 4803-0-06,4803-1-06, 4803-2-06 Blok 4803 CBD Perdana 1, Persiaran Flora off Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya, Selangor.