Perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak (Tadika) untuk anak-anak berumur 4-6 tahun menggunakan modul The Little Caliphs Program.
Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Tadika Pelangi Khalifah yang merupakan pemegang lesen The Little Caliphs Program (TLCP) yang sah bagi cawangan Taman Alam Megah, Seksyen 27 Shah Alam dan juga cawangan Nibong Tebal.

TLCP merupakan sistem pendidikan pra-sekolah yang telah terbukti berkesan menggunakan pendekatan Islamik, Bahasa Inggeris dan Kreatif. TLCP menggilap potensi terbaik anak-anak pra-sekolah di dalam pelbagai aspek termasuk spiritual, kognitif, sosio-emosi dan fizikal.
Berbeza dengan program pra-sekolah konvensional yang lain, TLCP mempersiapkan set kemahiran yang unik kepada guru-guru melalui siri-siri latihan yang berterusan. Dengan itu guru-guru di Tadika Little Caliphs mahir dalam menggunakan pendekatan yang kreatif bagi menyemai nilai-nilai asas Islam, menyuntik semangat belajar dan ingin tahu serta membina kemahiran pengurusan diri secara terintegrasi di dalam diri anak-anak.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan The Little Caliphs Program, ibu-bapa boleh melayari laman web rasmi Little Caliphs di littlecaliphs.com.my.
TESTIMONI IBU-BAPA

“Anak saya belajar di Little Caliphs Nibong Tebal sejak berumur 4 tahun. Antara perkembangan yang saya dapat lihat pada anak saya adalah dia sudah pandai membaca dengan lancar, boleh mengira dengan baik dan boleh menghafal surah-surah pendek dan doa-doa harian. Anak saya juga boleh solat sejak dia berumur 4 tahun lagi. Saya sangat berpuas hati dengan perkembangan anak saya sepanjang belajar di Little Caliphs Nibong Tebal” – Puan Siti Balqis, Ibu Zara Darwisya (Pelajar Pra-Tahfiz, LC Nibong Tebal).

“Selama 9 bulan dia belajar di sini saya dapat lihat banyak sangat perkembangan positif pada anak saya termasuk pada aspek pembelajaran serta pembentukan karakter dan emosi. Anak saya sudah boleh membaca buku yang ada dua suku kata. Saya percaya ia adalah hasil teknik membaca yang digunakan di Little Caliphs Nibong Tebal. Anak saya sangat suka belajar disebabkan kaedah fun learning yang dipraktikkan di Little Caliphs, sesuai dengan karakter kanak-kanak yang suka bermain. Suatu hari selepas balik daripada trip LC ke pasaraya, dia ambil plastik biskut dan tunjuk kat saya kemudian berkata kepada saya, kalau kita nak beli barang di pasaraya kena beli yang ada tanda Halal” – Puan Norhidayah, Ibu Fatimah Assiddiqah (Pelajar 4 tahun, LC Nibong Tebal).

“Ahmad Iffat Hudzaifah baru berpindah ke Little Caliphs pada bulan 5 ketika berumur 6 tahun. Apa yang saya dapat perhatikan perkembangan pada anak saya, yang pertamanya dia rasa gembira dan teruja untuk bercerita tentang aktiviti-aktiviti di dalam kelas dan di luar kelas. Yang kedua saya dapat lihat perkembangan positif pada sikap dia yang suka untuk mengaji di samping berkenalan dengan kawan baru di Little caliphs Nibong Tebal” – Ibu Ahmad Iffat Hudzaifah (Pelajar 6 tahun, LC Nibong Tebal).
Waktu Operasi
Sesi pertama program tadika akan bermula pada jam 8 pagi. Namun kami menerima kehadiran pelajar seawal jam 7 pagi bagi meraikan ibu-bapa yang perlu keluar ke tempat kerja lebih awal. Berikut adalah jadual operasi harian di premis tadika kami.

Ibu-bapa perlu mengambil anak selewatnya jam 6.30 petang. Sekiranya lewat daripada 6.30 petang, ibu-bapa dikenakan caj sebanyak RM10/jam yang mana perlu dibayar terus kepada guru yang bertugas melebihi waktu kerja biasa mereka.
Perkhidmatan dan Yuran Bulanan
- KINDERGARTEN PROGRAM – RM335
- AFTERNOON DAYCARE until 6.30 p.m.* – RM225
- AFTERNOON DAYCARE until 3.00 p.m.* – RM113
* Perkhidmatan pilihan
KINDERGARTEN PROGRAM – Program tadika yang kami tawarkan menggunakan modul The Little Caliphs Program (TLCP) di mana aktiviti pembelajaran dan penilaian pencapaian anak-anak disusun berdasarkan kebolehan semasa mereka dan bukannya mengikut umur semata-mata. Pembahagian kumpulan pelajar mengambil kira dan meraikan pencapaian semasa mereka agar tidak ada pelajar yang ketinggalan daripada rakan-rakan yang lain. Format pembahagian kumpulan pelajar adalah seperti berikut:

Program tadika TLCP mengaplikasikan konsep dan sistem pendidikan terkini termasuk yang berikut:
- Whole Brain Learning
- Multiple Intelligences Teaching
- Multi-sensory Learning Styles
- Accelerated learning
- Creative Curriculum
- Integrated Learning Systems
- 5Rs: Reading, wRiting, aRithmetic, Reasoning, memoRizing
- Individualized and high personal touch
- Progress of child is according to ability, not age
- Using English as the medium of instruction
- Use of instructional, experimental, and constructivism as a teaching approach
- Learning is easy and fun
- Low student to teacher ratio
- Stressing on the importance of a joint- partnership of parents and teachers in promoting each child’s growth and development
- Continuous learning and improvement of the curriculum
Kami amat menggalakkan ibu-bapa menyertai program Open Day untuk lebih memahami pendekatan-pendekatan yang kami gunakan dalam program tadika Little Caliphs. Tarikh Open Day adalah seperti berikut:
- LC Taman Alam Megah – 14 Oktober 2023 (Sabtu)
- LC Nibong Tebal – 21 Oktober 2023 (Sabtu)
AFTERNOON DAYCARE – Perkhidmatan ini ditawarkan kepada ibu-bapa yang bekerja dan memerlukan penjagaan anak-anak di sebelah petang, selepas sesi pembelajaran di tempat yang selamat dengan persekitaran yang dapat membentuk keperibadian yang baik. Perkhidmatan yang disediakan termasuk makan tengahari, minum petang dan aktiviti pengayaan (enrichment program). Dua komponen utama dalam aktiviti pengayaan termasuk:
- Pengukuhan kemahiran sedia ada
- Membaca Bahasa Melayu
- Reading English
- Little Qari
- Penerapan kemahiran baru
- Fun Jawi & Arabic
Aktiviti pengayaan merupakan program nilai tambah yang dimasukkan dalam perkhidmatan daycare bagi memberi kelebihan kepada pelaburan yuran yang dibayar oleh ibu-bapa.
Pakaian Seragam & Pakaian Sukan Pelajar




Buku-buku dan Modul Pembelajaran




Struktur Yuran Tahunan Sesi 2024
Bagi mendapatan struktur penuh yuran tahunan sesi 2024, sila klik pautan di bawah. Kami akan maklumkan langkah seterusnya melalui whatsApp.
Pendaftaran Sesi 2024
Bagi membuat pendaftaran dengan Little Caliphs Nibong Tebal, sila berhubung dengan ketua guru, teacher Samirah melalui nombor talian 011-3394 8606 atau klik butang REGISTER LCNT di bawah untuk mengisi borang pendaftaran atas talian terlebih dahulu.
Bagi pendaftaran dengan Little Caliphs Taman Alam Megah, sila berhubung dengan ketua guru, teacher Khadijah melalui nombor talian 011-1519 3186 atau klik REGISTER LCAM untuk mengisi borang pendafaran.
Lokasi Premis Kami
Cawangan Pulau Pinang (Taman Ilmu, Nibong Tebal) :
Tadika Pelangi Khalifah – No.2, Jalan Ilmu 1, Taman Ilmu, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Cawangan Shah Alam (Taman Alam Megah, Seksyen 27) :
Tadika Pelangi Khalifah – No. 17A Jalan Beranang 1, 27/14A, Seksyen 27, 40400 Shah Alam
