Aplikasi e-MARTAH akan dilaksanakan sepenuhnya di SRI AL-IMTIYAZ Cyberjaya bermula pada 10.11.2025 (Isnin). Saluran komunikasi antara ibu/bapa dengan pihak sekolah akan beralih daripada whatsApp kepada aplikasi e-MARTAH termasuk urusan panggilan pulang. Group whatsApp yang digunakan untuk panggilan pelajar pulang sebelum ini akan diset kepada mode senyap bermula tarikh berkenaan supaya ibu/bapa mengoptimumkan pengunaan e-MARTAH.
Panduan penggunaan e-MARTAH disedikan dalam bentuk video. Ibu/bapa juga boleh mengakses rakaman sesi penerangan yang lepas bersama pihak developer di pautan berikut.
Kami juga menyediakan senarai faq (frequently asked question) bagi memudahkan lagi ibu/bapa membuat persediaan yang wajar agar penggunaan sepnuhnya e-MARTAH nanti dapat dilaksanakan dengan lancar.
- Adakah e-MARTAH menyokong kesemua jenis telefon pintar?
- Bagaimana nak login ke aplikasi e-MARTAH?
- Apa modul-modul yang ada dalam e-MARTAH?
- Sekiranya mengalami masalah dengan sistem, apakah yang patut saya buat?
1. Ya. Aplikasi e-MARTAH boleh dipasang dan digunakan di atas platform Google Android dan iOS (iphone).
2. Login ke e-MARTAH adalah menggunakan email yang ibu/bapa telah daftarkan di sistem smap. Sekiranya ingin menukar kepada alamat email lain sila maklumkan pihak sekolah melalui guru kelas. login kali pertama memerlukan ibu/bapa memberikan OTP yang diemailkan oleh sistem sebagai pengesahan. Login akan disimpan di dalam cache peranti ibu/bapa untuk tempoh 3 bulan. selepas tempoh itu, ibu/bapa perlu memberikan OTP yang baru.
3. Modul-modul dalam e-MARTAH termasuk berikut:
- Daftar kehadiran – Merekod kehadiran harian pelajar ke sekolah
- Panggilan pulang – Panggilan pulang oleh ibu/bapa dan pelepasan keluar sekolah oleh guru bertugas.
- Jejak kenderaan pelajar ke/dari Sekolah Kebangsaan (student van/bus tracking) – Pemakluman status pergerakan pelajar dari/ke Sekolah Kebangsaan dengan kenderaan secara masa nyata (real time)
- e-Ujrah – Modul merit dan demerit sebagai galakan kepada pelajar untuk mempraktikkan ilmu, membentuk disiplin dan sikap yang lebih baik.
4. Sebarang masalah berkaitan sistem boleh diajukan kepada Guru Kanan Hal Ehwal Pentadbiran, Ustaz Abu Hassan