- Program Cuti Sekolah
- 13-16 Dis 2022
Siapa Penganjur Program Cuti Sekolah ni?
SRI Al-imtiyaz berpengalaman menganjurkan program cuti sekolah untuk anak-anak sekolah rendah berumur 7-12 tahun yang memberi banyak manfaat kepada mereka melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
Di dalam Program Cuti Sekolah (PCS) kali ini para murobbi akan memberi fokus kepada pembangunan diri individu anak-anak (self-development) dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak serta pemantapan tahap mandiri mereka dalam aspek pengurusan diri.
Apa itu Kem I’dad Duat?
Kem I’dad Duat merupakan sebuah program latihan ptaktikal selama 4 hari, bertujuan membantu anak-anak membangunkan potensi diri dengan falsafah “Perbaiki diri & beri manfaat kepada orang lain”. Erti kata mudahnya, kita mahu membentuk anak-anak yang mampu berdikari agar mereka berupaya menjadi pemimpin, sekurang-kurangnya memimpin keluarga dan rumahtangga sendiri pada masa akan datang.

Dari Abdullah, Nabi ﷺ bersabda:Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang laki-laki adalah pemimpin atas keluarganya dan ia akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya, dan ia pun akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya dan ia juga akan dimintai pertanggungjawabannya. Sungguh setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dimintai pertanggungjawabannya.
Kem ini dirangka khas secara in-house oleh team modul Imtiyaz Educare, dengan merujuk kepada 10 muwasafat tarbiyah yang ditulis oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna dalam bukunya bertajuk Majmuk Rasail (Himpunan Risalah) serta teori bagaimana menjadi orang yang mampu mengesani yang telah dihurai secara panjang lebar oleh Stephen R. Covey melalui bukunya yang bertajuk The 7 Habits of Highly Effective People.


Apa yang anak-anak akan lalui sepanjang kem 4 hari ni?
Setiap slot telah diletakkan objektif umum dan objektif khusus. Para murobbi akan menggunakan pelbagai pendekatan termasuk penceritaan, tayangan, simulasi, penugasan, coaching dan aktiviti-aktiviti permainan yang mencabar namun santai di dalam dan di luar kelas.
Apa pula manfaat yang mereka akan perolehi?
Pendekatan yang pelbagai sebenarnya penting kerana ia dapat membantu anak-anak memperolehi manfaat daripada objektif yang telah ditetapkan termasuk menanamkan perasaan cinta kepada Islam dan memupuk sikap berani mengambil tanggungjawab, suka mencuba atau memulakan, bekerjasama, amanah dan tidak mudah mengalah.
Bagaimana murobbi memastikan aktiviti-aktiviti yang disusun tidak bosan dan tidak terlalu memberatkan?
Secara psikologinya, anak-anak akan cepat bosan apabila melakukan aktiviti yang sukar dicapai objektifnya, apatah lagi jika objektifnya terlalu banyak. Oleh yang demikian kami hanya meletakkan 1 objektif untuk setiap satu hari dan mempelbagaikan aktiviti bagi mengelakkan kebosanan.
Saya nak tahu perincian program.
Jadual harian

Aktiviti harian akan dibuat di premis SRI Al-Imtiyaz kecuali pada hari ke-3 dimana para murobbi akan membawa anak-anak ke Taman tasik Cyberjaya dan Masjid Raja Haji Fisabilillah.
Berikut merupakan slot-slot Kem I’dad Duat.




Berapa yuran program ni?
Yuran kem I’dad Duat adalah RM210 sahaja, termasuk untuk kos minum pagi, makan tengahari dan minum petang.
Bagaimana nak daftarkan anak saya?
Untuk pendaftaran ibu-bapa perlu mengisi Google Form dengan menekan butang daftar di bawah. Bagi pelajar SRI Al-Imtiyaz ibu-bapa hanya perlu menetapkan penyertaan melalui guru kelas. Kami akan menghantar invois melalui email dan whatsapp.